Fikirkan sejenak
Tuesday, April 17, 2012 | 8:13 AM | 0 wink
Assalamualaikum wbt.
Hi I'm back. Did anyone noticing me? No. Okay.
Rasa macam dah lama tak taip menaip ni. Rasa macam dah lama tak update blog walaupun rasanya macam baru baru je update. Tangan ni menggatal je nak type. Mengada sungguh. Belasah sikit. Lol mengarut dah aku ni. Okay shall we get back to our topic. Lol seriously.
Haritu semua kecoh pasal tsunami, and earthquack tu kan. Masing-masing tweet yang macam "ya Allah lindungilah aku" and so on. Seriously facebook, twitter, semua update benda yang sama. Semua takut. Even saya pun. Hari hari saya takut akan hari akhirat. Manusia akhir zaman. Lumrah manusia. Keinsafan hanya sebentar sahaja. Cuma seketika. After a few hours later, tweet tweet or status berasaskan keagamaan dah hilang. Lenyap macam tu je. What's happening in about few hours before, it was like a storm that passing our world. Mana pergi semua itu tadi. Allah berikan bencana, atau petanda sebegitu, untuk kita bangun dan buka mata tentang apa yang terjadi di sekeliling kita. Banyak dah tanda tanda besar kiamat akan berlaku. Mungkin sesaat lagi, seminit lagi, seminggu sebulan setahun 10 tahun and so on. Kita taktahu apa akan terjadi pada masa hadapan. "Baru sekarang nak ingat Allah" ada certain yang cakap macam tu. Memang pada mulanya kita akan cakap, "at least dia ingat Allah" mungkin betul. Atau mungkin tidak. memang Allah sengaja bagi kita ujian yang sebegini rupa sebab apa? Sebab manusia akhir zaman sangat leka dan alpa dengan dunia. Cuba fikirkan. Fikirkan sebentar.....
Saya disini bukan nak tunjuk baik atau tunjuk lagak. Saya sendiri setiap masa melakukan kesilapan. Tapi apa salahnya, cuma seketika kita buka mata dan sedar akan apa yang berlaku disekeliling kita. Mana yang perempuan sehubungan dengan perempuan, lelaki juga sebegitu, rasuah dimerata rata tempat, pakaian mengikut ajaran Barat, buka sana sini, bertdung tapi masih berpakaian ketat, bertudung tapi masih menonjolkan bahagian dada, bahagian punggung, and so on. mashaAllah. Maaf kalau ada yang terasa. Saya takda niat nak buat sesiapa terasa. Saya sendiri tengah memperbetulkan diri saya agar mulia dimata Allah. Nak bash saya? Bash lah. Saya tak kisah. Asalkan saya sampaikan apa yang patut.
Saya buat tweet "Perempuan kena jadi mahal" sebab apa. Sebab perempuan adalah aurat. Kenapa Allah menegaskan aurat perempuan perlu dijaga? Kerana perempuan sangat istimewa. Setiap kita ada kelebihan masing masing. Gunakannya dengan sebaik baik mungkin. Paras rupa, harta kekayaan, semuanya gunakan dengan baik. Segala yang ada didunia ni, hanya sementara. Segalanya milik Allah swt. Kita hanya hiasan didunia, serta pinjaman dari Allah. Peliharalah maruah kita sebaik mungkin. Jangan jadi perempuan yang selenang lenangnya memberi segala apa yang kita ada untuk lelaki yang tidak bergelar suami. Mahal disini ialah, lelaki yang tepat akan datang dengan sendirinya dan menjalinkan hubungan yang halal. Kalau kita nak lelaki yang soleh, kita kena solehah kan diri kita. Semua jodoh ketentuan Nya.
Maafkan kata kata saya if saya menyinggung mana mana pihak. Assalamualaikum.
Generasi Saya .
Thursday, April 5, 2012 | 12:09 PM | 0 wink
Tiba-tiba perlu terasa pulak dengan video ni. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan sekolah rendah dulu . Macam-macam kenangan yang masih fresh dalam ingatan. Terutama sekali part buat satu buku biodata khas untuk kawan-kawan tulis personal detail dorang dalam buku biodata tersebut. Budak-budak sekarang nak berkenalan hanya perlu tekan button "add friend" dalam facebook. Kalau diikutkan kenangan aku dulu, sampai je kat kelas-terus duduk-tetiba terjumpa satu lipatan kertas bawah meja kelas. Bila bukak, ohh okay ada lelaki nak berkenalan. Rupanya lelaki tersebut pun nak biodata aku jugak. Aku pun bagi je biodata, tapi lamarannya tidak diterima. Sebab tulisan dia buruk tambahan pula bahasa malaysia dia langsung aku tak faham. Dulu kebiasaannya lelaki je nak berkenalan. Bukan macam perempuan sekarang.
Lagi satu part yang paling aku suka. Habis je waktu persekolahan, semua berebut beli keropok lekor dekat kereta yang kebiasaannya makcik & anak-anaknya yang jual. Tak puas dengan keropok lekor, beli aiskrim calong sampai baju canggih kotor + kepam. Sambil tunggu mak jemput, main cop tiang dulu dengan kawan-kawan.
Tapi masa tinggal dekat Serdang pun best juga. Balik je dari sekolah terus tekan loceng rumah kawan. Call dia set masa nak swimming masa petang. Mandi manda dengan kawan-kawan sampai senja. Heaven gila masa tu, dengan swimming suit yang menampakkan pusat & peha. Ehem kalau sekarang pakai macam tu kat luar, mahu disembelih. HAHAHA.
k , ituu jek saya nak cerite -.-




