Owner Link Tales
Life is AWESOME
Generasi Saya .
Thursday, April 5, 2012 | 12:09 PM | 0 wink

Tiba-tiba perlu terasa pulak dengan video ni. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan sekolah rendah dulu . Macam-macam kenangan yang masih fresh dalam ingatan. Terutama sekali part buat satu buku biodata khas untuk kawan-kawan tulis personal detail dorang dalam buku biodata tersebut. Budak-budak sekarang nak berkenalan hanya perlu tekan button "add friend" dalam facebook. Kalau diikutkan kenangan aku dulu, sampai je kat kelas-terus duduk-tetiba terjumpa satu lipatan kertas bawah meja kelas. Bila bukak, ohh okay ada lelaki nak berkenalan. Rupanya lelaki tersebut pun nak biodata aku jugak. Aku pun bagi je biodata, tapi lamarannya tidak diterima. Sebab tulisan dia buruk tambahan pula bahasa malaysia dia langsung aku tak faham. Dulu kebiasaannya lelaki je nak berkenalan. Bukan macam perempuan sekarang.


Lagi satu part yang paling aku suka. Habis je waktu persekolahan, semua berebut beli keropok lekor dekat kereta yang kebiasaannya makcik & anak-anaknya yang jual. Tak puas dengan keropok lekor, beli aiskrim calong sampai baju canggih kotor + kepam. Sambil tunggu mak jemput, main cop tiang dulu dengan kawan-kawan.

Tapi masa tinggal dekat Serdang pun best juga. Balik je dari sekolah terus tekan loceng rumah kawan. Call dia set masa nak swimming masa petang. Mandi manda dengan kawan-kawan sampai senja. Heaven gila masa tu, dengan swimming suit yang menampakkan pusat & peha. Ehem kalau sekarang pakai macam tu kat luar, mahu disembelih. HAHAHA.

k , ituu jek saya nak cerite -.-



Older Post | Newer Post
rawrr!
Hello, welcome to my blog. No annoyed words here okay. Hater? Go away! I don't need you at all.