Owner Link Tales
Life is AWESOME
Manusia
Tuesday, March 27, 2012 | 8:02 AM | 0 wink


Assalamualaikum
Hai hello ebeghibady. Hehehek ite dulu sekolah kat London, lahir kat Nigeria. Sebab tu ah camni. Omey je kan? Kahkah geli ketiak haku~~~ Muahahaha comel lagi. Lol. K rindu saya tak?? Dah lama rasanya saya tak update blog. *padahal baru je update a few weeks ago* lol. takpe ah, sukati saya ah nak update ke tidok. Hehehe. Haritu kann saya nak share dengan korang, about ceramah yang baru je saya dengar pagi haritu. Awal pagi lagi dah keluar. mama ajak. So ikut jelah kann. Hehehehe. Ni haaaa saya nak cakap yang ustazah tu muda and lawa sangat. Sangat sangat. Cara dia cakap, cara dia dakwah. Sumpah interesting leww~~~ hehehehe.

Firstly//
Kita kena maafkan orang lain dengan seikhlas hati kita. If kita dah maafkan orang tu, but still ada lagi perasaan sakit hati tu lagi. Maka ruuuuuuuuugi~ So kalau nak maafkan seseorang tu, kita kena maafkan dengan betul-betul. Maksud saya disini, ialah. Lepas kita dah maafkan orang tu, kita kena redha. Redha dengan apa yang terjadi pada kita. Kalau orang tu taknak maafkan kita, jangan merungut. Teruskan minta maaf. If macam "eee dia ni, aku dah minta maaf pun taknak maafkan aku. dia ingat dia bagus sangat. malas aku nak minta maaf lagi" okay itu sebagai contoh. Allah tak minta kita untuk paksa orang tu maafkan kita. Allah minta kita minta maaf dekat orang, tapi bukan minta org tu maafkan kita. Allah juga tak suka akan orang yang berputus asa. Teruskan minta maaf. Lpastu berserah je semua pada Allah. Kita dah usaha. Hehehe.

Secondly//
Rasulullah seorang yang sebaik-baik manusia. Kekasih Allah. Kita diperintah kan untuk melaksanakan perintah Allah serta mengikuti segala sunnah Rasulullah saw. if macam "aku ni manusia biasa je, Nabi Muhammad tu rasulullah saw, mana boleh sama dengan aku" ya, maka dengan itu. Kita disuruh untuk mengikut sunnah sunnah Nabi supaya kita boleh jadi macam baginda. Even sikit. Nabi Muhammad tu kan manusia juga. So if kita ada effort bila buat sunnah sunnah dia, insyaAllah. contohnya, macam kalau masuk rumah tu, kena bagi salam dengan sempurna. "Assalamualaikum" maksudnya, sejahtera keatas kamu. please jangan macam "Semekom" maksudnya, celaka keatas kamu. haaa sebab tu dalam rumah tu, hangat. means macam selalu ada masalah, haa cantuh ah. So ianya merangkumi seluruh perkara yang berlaku dekat rumah tu.

Thirdly//
Allah bersabda, perempuan ni senang sangat masuk syurga. Dia boleh pilih mana mana je pintu syurga yang dia nak masuk. Cuma, disyaratkan. Perempuan itu haruslah meninggalkan larangan Allah, solat 5 waktu, pelihara seluruh auratnya, patuh kepada suami, dan apelagi tah saya lupa ah lagi satu tu. Muahahaha. 

"perempuan itu aurat. seseorang perempua yang keluar dari rumahnya dan dia tidak ada apa-apa salah, lalu dia dipesona oleh syaitan dengan katanya: 'Sesiapa sahaja yang engkau lalui, engkau dapat menarik perhatiannya'. perempuan juga apabila memakai pakaiannya akan ditana kepadanya: 'Hendak ke mana?' lalu dia menjawab: Saya hendak mlawat orang mati' atau 'Saya hendak solat dimasjid'. seseorang perempuan juga tidak dapat beribadat pd Tuhannya dengan lebih sempurna sebagaimana dia beribadat dirumahnya" (Al-Tabarani dengan sanad baik meriwayatkan, katanya Nabi saw)

"Kaum wanita diharamkan melihat orang lelaki dan begitulah sebalinya orang lelaki haram melihat perempuan" (diriwayatkan daripada Ummu Salamah dan Maimunah"

ustazah tu cakap, maksudnya, if kita pandang lelaki tu and kita ada perasaan suka dekat dia. Cepat cepat cakap "astaghfirullah" omg, aku dah cair dengan mamat SMKA tu semua. Muahahahaha astaghfirullah halazim........

Fourthly//
Seorang ibu tu sangat sangat mulia disisi Allah. setiap apa yang dipertuturkan oleh seorang ibu, akan terkabul. Begitu juga dengan apa yang setiap yang diperkatakan oleh seorang perempuan. Means macam tengah bebual bual en. then..... "eh aku bukan nak cakap apelah tapi kan haritu kan tijah kan......" pastu haaa sudah, mengumpat pulak. Sesungguhnya mengumpat itu ibarat kita memakan dagung saudara kita sendiri. Menjijik kan bukan? So lebih baik banyakkan diam, daripada bukak mulut cerita kan aib orang. Sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang menjatuhkan maruah orang, mengaibkan orang lain, menjatuhkan air muka orang lain. Sooooooooooo, kita kenalah jaga pertuturan kita. 

Fifthly//
Okay ni pulak pasal sakit. If kita tengah sakit, means Allah sedang menghapuskan dosa kita. Sahabat sahabat Rasulullah saw sangat risau kalau mereka tak sakit. Means Allah macam tak sayang dieorang lah. So if kita sakit, even tercucuk duri sekalipun, cakap "alhamdulillah" maknanya Allah sayangkan kita. Allah sedang hapuskan dosa kita. Apa pulak terjadi if Allah turunkan banyak nikmat kepada kita? Maknanya Allah sedang membenci kita. Sebab apa? Sebab kita leka dengan nikmat dunia. Mana yang lepastu berbalik ke jalan Allah, takpelah juga. Ni kalau yang macam dedah aurat, tak solat, tak bayar zakat, tak menderma, apa semua lah. Tapi rumah besar, projek berjuta-juta, duit banyak. Haaa maknanya kena berhati-hati. Allah sedang menguji kita. Jangan sesekali kita buat Allah bencikan kita. Masha-Allah.

Okay tu jelah. Korang bukan nak baca pun kan. Maafkan saya kalau saya ada silap. Wallahualam. So Assalamualaikum peoplezzz~~~~~ hehehehek *terjun bangunan* tenenene~

satu hari saya pasti akan mengganti tempat ustazah ni. hihihi.

Older Post | Newer Post
rawrr!
Hello, welcome to my blog. No annoyed words here okay. Hater? Go away! I don't need you at all.