Owner Link Tales
Life is AWESOME
Mata Lelaki
Tuesday, December 20, 2011 | 7:52 AM | 0 wink
sumber dari : halaqah.net

Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur, 
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah 
pasangan kepada lelaki, 
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita 
itu dapat memikat hati lelaki. 
Bila berkata tentang terpikat, 
maka ia ada hubung kait dengan nafsu. 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, 
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. 

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. 

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah 
rambut wanita berkenaan. 

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh 
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. 
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka 
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, 
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. 
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, 
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, 
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, 
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, 
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya 
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan 
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, 
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain 
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk 
pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, 
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau 
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, 
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar 
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara 
sepontan, entah tak tahu Kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak 
akan bentuk kakinya, 
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, 
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki 
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan 
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya 

jangan sesekali berwarna kulit perempuan, 
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, 
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, 
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan 
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, 
janganlah pula kamu melihat mukanya, 
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika 
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. 

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang 
cantik akan menimbulkan fitnah, 
maka berpurdahlah kamu, 
jika itu lebih baik untuk kamu. 

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis 
penyakit,iaitu mata 
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika 
ia terlihat 
warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan. 
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan 
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan 
sangat. 

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. 
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu 
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu 
diingatkan,

jika semua aurat telah ditutup, 
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah 
pula kita menjaga kehormatan diri masing2, 
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan 
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar 
tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula 
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, 
walau muslimah itu telah menutup aurat, 
insyaAllah selamat dunia akhirat. 

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu 
dan jagalah kemaluanmu". 

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, 
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum 
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak 
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia 
dilarangi oleh Allah SWT. 
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. 

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. 
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.

wassalam.

Older Post | Newer Post
rawrr!
Hello, welcome to my blog. No annoyed words here okay. Hater? Go away! I don't need you at all.