Owner Link Tales
Life is AWESOME
Jodoh Usah Mencari Yang 'Terlalu Sempurna'
Friday, November 4, 2011 | 3:10 AM | 0 wink
Jika memancing ikan
setelah ikan itu terlekat di mata kail , hendaklah kamu mengambil ikan itu .Jangan sesekali kamu melepaskan ia semula ke dalaim air begitu sahaja . kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu . mungkin ia kan hidup menderita selagi ia masih hidup .

Begitulah juga ,
setelah kamu telah memberi pengharapan terhadap seseorang . setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya . janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja kerana ia akan terluka dengan kenangan bersamamu , dan mungkin tidak dapat melupakanmu selagi die mengingatimu .

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharapkan pada tangkungnya dan jangan menganggap ia begitu teguh . cukuplah sekadar keperluanmu . apabila ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnye semula . akhirnya ia dibuang sedangkan kamu cuba untuk memperbaikinya , mungkin ia dapat dipergunakan lagi .

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
terimalah seadanya , janganlah kamu terlalu mengangguminya dan janganlah menganggap ianya terlalu istimewa . anggaplah dia manusia biasa . apabila sekali dia melakukan kesilapan , bukan mudah kamu untuk menerimanya . akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya . sedangkan , jika kamu memaafkannya boleh menjadi hubungan korang kekal .

Begitu juga jika kamu telah bertemu insan yang pasti membawa kebaikan kepada kamu . menyayangimu , mengasihimu . mengapa kamu berlengah ? cuba bandingkan dnegan orang lain . terlalu mengejar kesempurnaan . kelak , kamu akan kehilangan dia menjadi milik orang lain . lalu kamu juga yang akan menyesal .

Just be yourself,
dan bersyukur dengan
apa yang ada sekarang.

Older Post | Newer Post
rawrr!
Hello, welcome to my blog. No annoyed words here okay. Hater? Go away! I don't need you at all.